Disclaimer here.
Welcome to xxx's blog.
This blog is best viewed in Mozilla Firefox with 1024x768 resolution.
Thank you for viewing.
blog,
Sunday, January 25, 2009
two important necessities in my life. family and friendship, if u bother read thru and comprehend. perhaps u may get an answer to ur question.
tika dan saat ini. hatiku dilanda badai kencang. entah kemana arah harus ku tuju. keduanya penting buat ku; persahabatan yg amat lama dan keluarga yg membesarkan ku hingga kini. sebuah persahabatan yg amat aku kasihi. kerna dia sahabat yg sanggup berkorban untukku. namun keluargaku juga harus aku pertimbangkn. aku harus menyakiti salah seorang dari pilihan ini. jika ku memilih keluargaku,besar kemungkinan persahabatanku akan ditimpa masalah. tapi sanggup kah aku menolak kepentingan keluargaku yg berkorban demi membesarkan aku hingga kini untuk menyelamatkan sebuah persahabatan?
sekian lama ibu & bapaku berkorban demi aku,. adakah wajar aku korbankan sahabatku yg setia? oh amat sukar bagi ku. dialah yg hadir tatkala aku sakit hati, dia juga yg senantiasa ada untuk merawat hati yg rawan akibat putus cinta. dialah yg menjadi ubat untuk kelukaanku. oh sanggup kah aku melukai insan ini? dia terlalu penting dlm hidup ku.
aku tidak mungkin lupa atas jasa2 sahabatku ini. dia terlalu akrab buatku. dia mengajar ku erti sebenar sebuah ikatan persahabatan. tiada yg kekal di dlm hidupku kecuali dia. tuhan sanggup kah engkau merampas dia dariku. dialah penyeri hidupku tatkala ku kesepian. dia menyinari hidupku dgn persahabatannya yg tulus ikhlas.
namun aku juga byk berkorban deminya, aku sanggup mengetepikan ibubapaku tatkala dia memerlukan ku. aku tidak hiraukan mereka. aku hanya memikirikannya. kerana aku amat memahami peritnya percintaan dua buana.
satu di timur dan pasangannya jauh di ufuk barat. kejauhan antara dua org bercinta amat menusuk kalbu. aku hanya mampu menemankannya. sebagai sahabat itulah tanggungjawab ku. namun tanggungjawabku dipertikai.
sanak saudaraku menyoalku; apakah adil aku meninggalkan kedua org tua ku, yg telah mendidik dan membesarkanku. mereka amat memerlukan aku. tapi demi erti setia kepada sahabat aku telah mempertikaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak yg solehah. aku dihimpit di tengah.apapun jua keputusan pasti ada yg terluka. saat ini aku dilanda badai hitam. aku tidak tau sama ada aku akan kehilangan erti sucinya persahabatan ataupun semurninya kasih sayang kekeluargaan. tiap kali aku ingin membuat rancangan untuk bersama sahabatku semua; keluargaku akan dgn tidak bermaksud akan menghancurkannya. aku kerap sekali melukakan perasaan sahabatku itu. tiada lagi kata maaf yg boleh ku katakan. tapi aku bersumpah tiada niatku untuk melukai nya. keduanya amat gentir bagiku. yg satu memberikan ku nafas. dan yg lagi satu ialah urat nadi ku. oh tuhan.dptkah aku hidup jika kau menutupi nafasku. tidak sama sekali. begitu juga jika kau kerat urat nadi ku. kedua dua cara itu pasti akan bergantikan dgn nyawaku.
PS.: oh sahabatku yg setia.aku pinta kepadamu;maafkanlah aku.. berikanlah aku sedikit masa.tanganku diikat kemas kini.ke kiri ku mati; ke kanan jua ku mati.tiada arah lain yg boleh ku tuju.. sehingga pekerjaanku peroleh insya allah akan kita kerap berjumpa:( aku amat merinduimu..tolonglah maaf kupinta. aku amat memerlukan kesefahaman mu.