Disclaimer here.
Welcome to xxx's blog.
This blog is best viewed in Mozilla Firefox with 1024x768 resolution.
Thank you for viewing.
blog,
Wednesday, November 14, 2007
berakhir kah sudah cerita cinta kita? Terlalu singkat hubungan ini Belum pun sempat melakar rindu Baru semalam mimpi dicipta Mengapa mendung melanda sukma. Salah siapakah semua ini? Engkau akan tetap kusimpan di dalam hati. Terpaut kasih di dahanan yang rapuh. Adakah kau harus dipersalahkan? Namun hati ini telah tersangkut di pepohonan yang kau sandarkan padaku. Akan kukutip tiap dedaun kering yang bertaburan di lantai untuk dijadikan bahan bukti cintaku padamu. Mungkin diri ini tidak pernah dikurniakan cinta sejati yang akan senantiasa bersemi. Memang nasibku tersurat begitu. Engkau datang membawa cahaya. Namun kini harus pergi meninggalkan aku. Terlalu perih bagiku untuk menelan kegagalan cintaku untuk sekian kalinya. Namun apa lagi yang mampu aku buat? Aku tidak pernah dan tidak akan pernah menyalahi kamu sayang. Mungkin sudah terungkap di mana-mana bahawa kau bukan tercipta untukku. Saat-saat cintaku ingin diberi. Engkau terpaksa pergi. Aku redha atas segalanya. Walaupun aku pasrah. Namun akan ku gagahi jua. Terima kasih sayangku. Mungkin dikaulah persinggahan yang terindah di dalam hidupku.