Disclaimer here.
Welcome to xxx's blog.
This blog is best viewed in Mozilla Firefox with 1024x768 resolution.
Thank you for viewing.
blog,
Monday, July 10, 2006
A.real.life.story.but.hope.it.didn't.offend.anyone.just.wanted.to. speak.myheart.out.sighs. Insan yang kusayang kini milik orang.
Sang bayu membelai lembut pipiku yang gebu.Rambutku yang ikal mayang di belai angin.Air laut yang mengikut arus ombak bagai berlari-lari di ketepian pantai.Mataku tertarik kepada sepasang kekasih yang sedang asyik dilamun cinta.Hatiku berdesis sendirian.Aku teringat kembali akan kisah silamku yang selalu membuatku menangis.Terlintas di kotak fikiran seorang insan yang aku amat hargai dan sayangi.
Masih aku ingat pertama kali aku mengenali Sham,seorang insan yang telah memberi seribu erti ke dalam hidupku.Kami saling berkenalan menerusi seorang temanku yang bernama Anis.Waktu itu aku sedang menghadapi masalah perpisahan dengan kekasih lamaku.Hatiku terlalu luka dans sedih sekali. Tiap malam Sham akan menelefon dan memujukku untuk terus cekalkan hati dalam menghadapi segala rintangan yang menimpa diriku.Kepadanyalah aku mengadu nasib dan meminta nasihat.Dia sentiasa berada di sisiku di dalam kesedihan mahupun kegembiraan. Di dalam diam-diam,aku telah menyimpan perasaan cinta terhadapnya.Hatiku tertarik dengan kesabaran dan sikapnya yang penyayang.Niat di hati ingin merahsiakan perasaan ini.Namun apakan daya,ia terlalu sukar untuk disembunyikan.Tiap kali nama Sham tertera di skrin telefon bimbit,hatiku melonjak kegembiraan.Terserlah di wajahku keriangan apabila aku menerima pesanan ringkas daripadanya. Pada suatu malam minggu,aku menerima panggilan daripada Sham.Dia sedang dalam keadaan mabuk.Dia baru sahaja pulang dari pusat hiburan.Aku tidak dapat berbual lama dengannya kerana ayahku ada di rumah dan dia melarang aku menggunakan telefon.Terpaksalah aku menggunakan telefon bimbitku.Namun dia serong yang memahami kedudukanku.Dia menyuruhku meletakkan telefon bimbitku dan dia berjanji akan meninggalkan pesanan ringkas apabila dia telah selamat sampai di rumahnya.Aku bersengkang mata hanya untuk menantikan pesanan ringkasnya.Aku cuba sedaya upaya untuk meringankan perasaan hibanya itu.Dia berterima kasih terhadapku kerana sudi menemaninya di saat dia amat memerlukan seseorang di sisinya.
Aku dan Sham tidak pernah bersua muka sebelum ini.Kami hanya berkomunikasi melalui telefon. Hari sabtu itu,dia ada temu janji pekerjaan.Aku pula ada peperiksaan pertengahan tahun waktu itu. Aku tamat sekolah pada pukul sembilan pagi.Aku terasa amat bosan dan bertanya kepada Sham jika dia mahukan saya menemaninya.Dia pun bersetuju.Aku tiba lambat.Dia telah pun tamat temu janji kerjanya.Dia ingin membelanjaku menonton wayang bersamanya di Cineleisure,Orchard Road.Kami menonton wayang cerita kartun yang bertajuk "Ice Age 2".Di dalam pawagam itu,aku menggigil kesejukan.Sham mengambil inisiatifnya sendiri dan memberikan aku jaket yang digunakannya.Aku pun semakin jatuh hati padanya.Setelah tamat filem itu,dia pun menemani aku ke stesen keretapi yang terdekat.Malam itu kami berbual lagi di telefon.Dia mengusik aku kerana aku tersipu-sipu malu apabila bertemu dengannya siang tadi.
Tidak lama kemudian,kami berdua saling melafazkan kata cinta tetapi dia memintaku lebih masa untuk mengenaliku dengan lebih dalam.Aku hanya mampu menuruti kehendaknya.Semakin hari, semakin kuat rinduku ini.Perasaanku terhadapnya pun mekar,subur dan senantiasa berkembang.Aku hanya mampu bersabar.Walaupun cinta telah pun aku sematkan di hatinya.Namun kata putus yang kami ada kaitan hubungan yang serius belum ditetapkan.Tiap hari hatiku terdetik perasaan takut akan kehilangannya.Namun apakan daya,aku hanya setia menantikan masa untuk kami saling menyalinkan hubungan yang tetap. Beberapa minggu setelah itu,Sham menghilangkan diri.Puas aku cuba untuk menghubungi dua melalui telefon.Tetapi tidak berbalas.Berpuluh pesanan ringkas sudah aku hantar kepadanya.Tidak satu pun dibalasnya.Hatiku diselubungi rasa marah dan kecewa.Aku tertanya-tanya sebabnya dia tiba-tiba menghilangkan diri.
Setelah beberapa hari berlalu,Sham meninggalkan pesanan ringkas mengatakan bahawa dia amat merinduiku dan dia tidak dapat menghubungiku kerana telefon bimbitnya rosak.Aku rasa amat lega dan mula bersenang-senang dengan teman-temanku.Pada malam itu,hatiku di peluk perasaan gembira dan tenang.Pada malam itu,aku tidur nyenyak sekali.
Keesokan harinya,seperti biasa aku akan meninggalkan pesanan ringkas untuk mengucapkan selamat pagi kepada Sham.Namun aku tidak akan mengharapkan balasan daripadanya.Ketika aku sedang sibuk berdandan untuk pergi ke sebuah pesta hiburan dengan kakak angkatku serta ibunya, telefon bimbitku berdering.Aku lantas mencapainya daripada meja solekku dan berdoa dengan sebesar harapan agar persanan ringkas itu,datangnya daripada Sham.Hatiku diselebungi keriangan kerana doaku dimakbulkan.Tertera di skrin telefon bimbitku nama Sham.Dengan hati yang girang,aku menekan butang di telefon itu untuk membaca kandungannya.
"Maafkanlah aku Nora,jika hal ini akan melukakan hatimu.Lupakanlah diriku ini.Aku kini sudah pun berpunya.Aku pinta bahawa kau akan memahami keadaanku."Itulah isi pesanan ringkas daripada Sham.Langkahku tiba-tiba terhenti.Hatiku bak hempasan kristal yang telah hancur bertaburan di lantai. Linangan airmata membasahi pipiku yang sudah di dandan rapi tadi.Sakit hatiku bagai di tusuk sembilu.Tiada kata yang dapatku lafazkan.Lidahku terasa kelu.Apa yang mampuku buat hanyalah meratap sayu di kamarku.Hatiku terlalu hampa.Harapan yang dahulu tinggi menggunung kini gugur ke bawah. Entah ke mana arah harus aku tujui kerana hati ini masih menyayangimu.Walaupun sakit hati ini dilukainya,namun aku tetap ingin mendampinginya.Dialah penyeri hidupku di kala aku kesepian.Kini dia hilang daripada hidupku.Hilang tempatku bergantung dan mencurah kasih sayang serta perhatianku. Yang tinggal hanyalah kenangan semataya.
Di mana letaknya kata-kata manis yang pernah dia pamerkan dulu?Adakah ia hiasan cuma? Mengapalah dia memberiku seribu harapan hanya untuk menghancurkannya.Tahukah dia betapa peritnya luka di hatiku ini?Dia hanya akan mengerti perasaan ini apabila kau melaluinya kelak.Betapa parahnya luka di hati ini hanya Tuhan yang Maha mengetahui.Aku berpegang teguh pada suatu ungkapan kata iaitu setiap perbuatan ada balasannya.Aku akan senantiasa memanjatkan doa semoga dia sentiasa bahagia di samping kekasih barunya.Hatik ini akan kupujuk sendiri.Hanya yang kupinta daripadanya ialah kebahagiaannya.Kini kuucap selamat tinggal untuk insan tersayangku yang kini menjadi milik orang.
Lamunanku terhenti dengan mendadak ketika burung mula berkicauan di langit yang di hiasi kepulan awan.Aku menggelengkan kepalaku.Hingga kini,tiga tahun sudah berlalu.Namun kutetap setia menanti kembalinya Sham ke dalam hidupku.Jauh sudah aku berkelana tetapi tetap Sham yang hadir dalam tiap ingatan dan mimpiku.Tiap malam ku sematkan dia supaya dia akan kembali ke sisiku. Itulah impianku.Tetapi entah bila akan menjadi kenyataan.